Wednesday 9 November 2011

JALAN2 KE TELUK INTAN (planning this sunday)

Pada hari Isnin lepas, saya mendapat SMS from ayu. Ayu adalah salah seorang kawan baik saya semasa belajar dikolej, msj berbunyi "Salam, chat ke? Anya aku da b'salin.. 31 oct aritu, baby boy.."

Seronok betul aku dengar sorang lagi kawan aku dah jadi ibu. Birthday adik perempuan saya ija 30 oct, beza seari je, senang nak ingat nanti.. hehehe.. Cepat betul masa berlalu, rasa cam baru je lagi ko kawen ayu.. Nama baby Mohd Danish Wafiy.. Plan ahad ni nak pergi dengan hubby, harap2 plan berjalan lancar.. Sekarang ayu di kampungnya di Hutan Melintang, Teluk Intan. So xla jauh sangat dari Kampar.. Dalam sejam je.. So, entry ni akan di edit lagi next week tuk memasukkan gambar baby n ibunyaa skali.. hehe..

JALAN2 MENYIBUK DI PULAU PANGKOR


Hari tu hubby n kawannya Aniff dapat buat kerja luar di Pulau Pangkor, mesti la saya nyibuk nak ikut sekali kan.. Aniff datang hari ke-2, saya n hubby datang awal seari.. Hubby nak saya bawa kereta n dia bawa motor, tapi sebab kemalasan nak bawa kereta n jimat punya pasal ngan selamba cakap nak naik motor ngan hubby, 1setengah jam atas motor ngan gendong bag ala nak p perang, ermm ok la terasa adventure sket, hahaha. Pergi 3 hari 2 malam. Pulau Pangkor ni kecik je, sy n hubby dah pusing satu Pulau 5 kali, naik motor pusing satu pulau hanya ambik masa setengah jam je.. kecikkan pulau pangkor ni.

Pasir Pantai.. Bangun pagi dapat hadiah dari hubby melalui gambar di kamera..
sOOOoo Sweeettt..

Feri ke Pulau Pangkor Rm10 seorang untuk 2 hala, JIMAT!, hubby bawa masuk motor ke pulau hanya Rm8 sehala, jimat sebab hubby banyak kene travel ke satu tempat so bawa masuk motor adalah terbaik.
Sewa motor seari di Pangkor ialah Rm30, kereta Rm50.. so sila bawa motor or naik van je yang banyak kat area jeti lagi jimat.

Hotel/ chalet dalam Rm60-90 je. Tapi SILA AMBIK PERHATIAN kalau bab makan, sangat2 la mahal kalau anda makan nasi campur di area Teluk Nipah, kedai kecik je tapi mahal yaa ampun.. Lunch, saya ambik nasi half, ikan sambal kecik je 2 jari saya je pun n ambik sayur sket, suami nasi half, ayam seketul kecik n sayur, minum abc, t.o.ais, ais kosong Rm 23.70. Walaupun terkejut tapi muka mantain selamba.. jauh sket dari kedai terus bersuara, baik makan steamboat Johnny's set A baru Rm13.90, Kfc lagi murah, Macd x macam ni.. tengok2 bertapa banyak andaian keluar, haha pastu sy n hubby lebih berhati2, makan order yang goreng panas, x makan nasi campur takut terkena lagi. Tapi ada satu kedai murah dekat area pekan, dekat dengan Jeti, x ingat nama.


Hubby seorang je berjaya panjat benda alah ni.. 
nampak senang.. susahhh wooo..


Aktiviti Pantai..

hubby n anif

Total bercuti di pangkor tuk sy n hubby ialah... FREE, hehe sebab claim balik kat J*** bukan nama sebenar, hehe. Total kalau x dapat claim ialah Rm250 termasuk minyak motor, makan, n jalan2 untuk 2 orang. Lupa plak, aktiviti tak banyak ye, kalau jalan boleh la ke Kota Belanda tgk bangunan peninggalan Belanda, kecik je tempatnyeee.. aktiviti lain lebih kepada aktiviti pantai seperti kayak, jetski, n watersport. dapat main free sebab brother tu dah nak ttp.. Jimat!! kalau x kena bayar Rm25 sorang.



*Area Ipoh pun banyak tempat menarik sebenarnya, x sempat nak explore lagi. Next entry nanti sy cerita tentang Ipoh plak.

ONE PIECE LUFFY

Hubby saya kipas-susah-mati ONE PIECE (PIRATE STRAW HAT LUFFY). Penuh bilik saya dengan buku n CD luffy, sekarang manga yang terbaru adalah jilid ke 62. Setahun hanya 2-3 buah sahaja buku ini di keluarkan, kalau bernasib baik 4 buah setahun. kalau hendak cepat bolehla baca di internet. http://www.mangastream.com/

Bukti ni, Mail sila jangan jeles yeeee.. nak pinjam buku kat rak tu???
tengok je laaa... hahaha

Abang saya pun sama, ingat lagi masa saya belajar di kolej ayah saya panggil abang saya budak getah.. Mula2 x paham, terfikir jugak la apa la yang ayah saya maksudkan ngan budak getah tu. Rupanya ayah saya menyindir abang saya, asyik berkepit je ngan manga budak getah.. masa tu tak timbul minat nak baca lagi sampai la kenal ngan hubby, sebab hubby kumpul dari mula sampai la sekarang jilid 62.

Kerana hubby sangat meminati manga ini saya telahpun membeli 2 helai t'shirt Strawhat Luffy sebagai hadiah harijadi beliau, thanks to UNIQLO KLCC, senang saya bila dah buka kat Malaysia.. Hubby pun mmg suka brand UNIQLO ni..



SINOPSIS
sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Monkey_D._Luffy

Monkey D. Luffy () merupakan protagonis utama di dalam anime dan manga One Piece. Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latarbelakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gold D Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.

Monkey D Luffy

Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebarang benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.

Luffy with his nakama, chopper, zoro yusopp, nico robin, nami n sanji..
franky not in picture.

Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.
Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.

Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.

kalau berminat bolehla ke kedai komik berdekatan ye..

Monday 7 November 2011

JALAN2 CARI PASAL DI LANGKAWI

Langkawi Island

Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang boleh pergi, dari berbayar sampai la tempat PERCUMA!! contoh tempat boleh masuk tanpa bayar, Taman Lagenda, Beras Terbakar n mandi laut di pantai cenang. Kalau mandi laut kene bayar, mmg melampau la tu. Antara tempat wajib pergi ialah Cable Car di gunung Mat Cincang. Anda boleh menikmati keindahan panorama sunset. Ramai yang sanggup menunggu lama untuk menikmati pemandangan yang sangat indah ini.

Sementara menunggu untuk naik boleh la masuk Taman di Geopark ini, sangat jinak haiwan disini..
tak perlu pagar pun xpa, tengok rusa kecil tu boleh keluar macam tu je..

sunset, cantik (6.45pm)

cable car, tingggggiiii...

Wildlife Park, kalau berminat ngan kerbau boleh ke Buffalo Farm, Galeria Perdana, makam Mahsuri dan banyak lagi tempat menarik, sampai je ke Langkawi sila dapatkan Map yang banyak di jual area Jety ataupun kedai area Kuah. Map boleh refer dekat sini

WILDLIFE PARK..

With Tysa, Bella, Issabella n Ana

Persamaan mereka ialah topi n pipi, heheehe.. cumell

Taman Lagenda

Makam Mahsuri

Buffalo Farm.. topi senget2 jadinyee..

Kalau ke Langkawi, cari la hotel, motel area Pantai Cenang, sebab Pantai Cenang adalah kawasan tumpuan. Terdapat banyak kedai makan yang menyediakan makanan seafood mahupun masakkkan kampung. Motel di Pantai Cenang tidaklah terlampau mahal walaupun terletak berhampiran dengan laut. dalam Rm60-80 anda boleh dapat motel yang selesa, cantik, dan kemas. Dari Pantai Cenang anda boleh berjalan kaki ke Pantai dan terdapat banyak kedai cenderahati, baju2, ada tempat masage dan cyber cafe sepanjang jalan.

Fish Spa, licin n lembut tapak kaki, tapi bahaya la.. tidak digalakkan

Makan Laksa di tepi pantai, sup GearBox pun ada tengok brother sebelah makan.. 
bukan pakai mangkuk dah, dah macam besin je aku tengok.. nak order tapi cam segan plak nak makan..
hahaha ntah pape ntah..

Dinner with Tomyam Seafood, Ketam Masak Cili, Kailan Ikan Masin, Kerang Bakar, Telur Dadar, Jus Buah Gelas Besar, ermm x sampai Rm30 pun.. murah.. kalau kat cni mau 60 hengget..


Perbelanjaan From Ipoh. (budget tuk 2 orang)
Transport - Keretapi           Rm 32  (sehala tuk 2 orang)
                - Feri                  Rm 82(2hala tuk 2 orang) Kuala Perlis Rm18 seorg/Kuala Kedah Rm23 seorg
                - Bas/Teksi         Rm  40 B / Rm20 T (Kuala Kedah - Ipoh)
                - Kereta Sewa    Rm 70  ( 3h 2m)
                - Motel               Rm140 (3h 2m)
                - Makan             Rm 70  (3h 2m)
                - Jalan2              Rm 70  (3h 2m) fee for Cable Car, Taman Perhilitan, Buffalo Farm,
                                                                   Galeri Perdana, Makam Mahsuri, etc
                - Shopping         Rm100  (beli choclate la yang banyak pun,hehe)
                   TOTAL          Rm 624 ( seorang dalam Rm280-350, kalau pergi ramai2 lagi jimat)



Sunday 6 November 2011

JALAN2 CARI PASAL DI PENANG

Trip kali ini disertai seramai 16 orang, pada asalnye hanya shidan n wan je yg nak pergi jumpa aweknyaa,sekali hambik ko 14 orang lg nak ikut jugak.. selama 2 hari 1 malam, sempat melawat Bukit Bendera, tido di Feringgi, Jungle Tracking di Taman Negara Pulau Penang. kalau dah stay kat Feringgi of course la akan pergi night market setiap hari ada, sepanjang jalan area Hotel di Feringgi..

BUKIT BENDERA

Sampai je terus menuju ke Bukit Bendera..

dah sampai cari tempat tangkap gambr ramai2, masih ada yang belum sampai ni..
iyee owner blog kene la dok depan skali, baru gambar clear.. hahaha


bukan tren ini ye yg kami naik...

tetapi yang ini, sangat seronok naik tren yang mencabar, tren ke, lupa plak pggl apa?? 
hentam sajala labu.. layan gambar dulu.

tengok la jalan dia, sangat curammm.. dapat plak duduk depan skali masa nak trn..
mmg best abis laa.. awish, nanti k.anya bawa awish naik k..

sebelum gerak ke Feringgi, tangkp gambar dulu..
baru cukup 16 orang kan..

BATU FERINGGI

Dah trn dari Bukit Bendera, kami cari makan dulu.. kunun nak p Nasi Kandar Beratur,sekali lauk n tempat duduk x cukup tuk kami 16 orang ni, tapi saya, hubby, Mail n Pie dah terbli plak makan bks kat ctu kunun nak makan kat hotel la.. selepas perbincangan kami ke Nasi Kandar Line Clear, still kene beratur tapi ada lucky us they have enough table n seat for us, gaya cam pergi sebijik bas gak.. itu la penangan nye kalau Nasi Kandar di Penang ni, kene beratur n tempat duduk terhad. kami berempat makan nasi bungkus Nasi Kandar Beratur, air order di Nasi Kandar Line Clear dan makan di situ, hahaha hentam saje la, nasib baik mamak tu x kata apa..

Selesai makan, Check In Apartment 3 bilik, 2 bijik tuk lelaki n Perempuan.. di uruskan sepenuhnya oleh Umi.. Kredit to umi, sebagai kredit saya letak gambar besar Umi satu.. hehe..

cik Umi kita, nanti kita jalan lagi ye umi.. hehe


Nasi Kandar Line Clear, sambil makan dengar brother tuu nyanyi..
cam muka kawan aku syed pun ada, hehehe..


Night Market, Feringgi


saya team merah.. haha kebetulan
with shidan, ammar, Team Oren: mail n wan..


dah wajib kawen ni, haha

peras ugut mat bangla, nak bli wallet murah..

kat setgh jam dok membodek mat bangla ni..

muka puas dah berjaya mengkapak bangla tuu.. haha

plan nak pergi makan dekat area Bayan lepas, abis di Night market dalam pukul 10pm, so dah turun bawah jam plak area Komtar, 2 jam tersangkut kat situ, semua dah penat just singgah makan kedai bawah pokok, char ko teaw dia sangat yummy.. kul 2am gerak, kat kul 4 baru tido..

Taman Negara Penang
Pagi esoknyee kul 7 dah bangun, semangat nak p tracking, kali kedua.. before dah pergi dengan kawan office lama masa di Kulim, masa tu hubby pun ada jugak walaupun x couple lg.. hehe.. mereka sangat rajin tracking di sini, sebulan 2 kali dah macam aktiviti wajib plak.
first yang saya pergi ialah Monkey Beach, laluan juga amat mencabar walaupun laluan lebih di tepian pantai. ke dua Kerachut Beach, antara Monkey Beach ( 3.2km) n Kerachut (3.4km) lebih banyak turun naik bukit tetapi berbaloi kerana kedua-duanye sangat cantik. kalau nak banyak aktiviti boleh la ke Monkey Beach sebab ada aktiviti seperti Jetski, Banana boat, berebut makanan dengan monyet pun boleh..

Nak tahu lebih lanjut boleh refer di sini..

pintu masuk..
Dari Kanan: che nin, nora, alil, yana, megat, pie, mail, shidan, bulat, arif, umi, amar,saya, wan, lin..

muka happy, alaa jalan camni x mencabar laa..
Megat, Umi, Mail & Pie..

sekali hambik kau, mmg mencabar abis jalannye..3 kali rehat ye..
Nora, Che Nin, Ammar, Bulat, Shidan, Yana n Arif

bukti ni lihat baju mail di basahi peluh.. sempat lagi text tu.. hehe

rehat kali ke-2, tepi anak sungai.. sorang2 muka dah penat.. 

hubby n ammar..

rehat kali ke-3..

yeaahhhh, kami berjaya.. yang lain x bawa baju.. so rehat je kat tepi pantai..

Pic diatas di Meromictic Lake, sangat banyak ikan belanak n ketam yang terperangkap disebabkan pasang surut laut, kami dapat tangkap 2 plastik bag ikan belanak n 5 ekor ketam yang penuh dengan isi n telur..
Arif n yana sangat hebat menangkap ikan n ketam.. hehehe gigih betul.. nanti masukkan Pic Yana n Ariff..

keluar je dari Pantai Keranchut, kami terus menuju kedai makan, ikan di goreng garing, ketam pula di masak asam pedasss, sedappppp... 

me n hubby

pergi jungle tracking balik dengan boat, semua dah x sanggup nak jungle tracking balik.. hehe


me, muka dah sunburn..

CAMERON HIGHLAND WITH MY FAMILY

Cameron Highland adalah tempat favourite saya jalan2, sebab menjimatkan kos..
dekat, n boleh balik hari.. begitu juga dengan family saya..
this entry i will share trip to cameron highland with my family pulak..


driver rasmi saya, thank tuu en hubby..

paksu, alang, ma, ciksu, ibu, cik long, angah n awish..

strawbery choclate, yummy..

dah dapat aiskrim strawberry yg yummy, nugget dilupakan..

ibu lagi excited main benda alah ni dari awish.. hahaha

lihat, saper lagi excited..
peaceee yaww...

cumeell dak 2 orang ni.. awish n his babysitter angah.. hehe jgn marah angah..

ibu n awish.. awish dapat mandi kat Lata Iskandar..

*turun ikut Tapah, k mmg azab.. kepala pening, nak termuntah semua ada..
 that will be first n the last trip using Pahang Road, hopefully.