Monday 7 November 2011

JALAN2 CARI PASAL DI LANGKAWI

Langkawi Island

Pulau Langkawi banyak tempat menarik yang boleh pergi, dari berbayar sampai la tempat PERCUMA!! contoh tempat boleh masuk tanpa bayar, Taman Lagenda, Beras Terbakar n mandi laut di pantai cenang. Kalau mandi laut kene bayar, mmg melampau la tu. Antara tempat wajib pergi ialah Cable Car di gunung Mat Cincang. Anda boleh menikmati keindahan panorama sunset. Ramai yang sanggup menunggu lama untuk menikmati pemandangan yang sangat indah ini.

Sementara menunggu untuk naik boleh la masuk Taman di Geopark ini, sangat jinak haiwan disini..
tak perlu pagar pun xpa, tengok rusa kecil tu boleh keluar macam tu je..

sunset, cantik (6.45pm)

cable car, tingggggiiii...

Wildlife Park, kalau berminat ngan kerbau boleh ke Buffalo Farm, Galeria Perdana, makam Mahsuri dan banyak lagi tempat menarik, sampai je ke Langkawi sila dapatkan Map yang banyak di jual area Jety ataupun kedai area Kuah. Map boleh refer dekat sini

WILDLIFE PARK..

With Tysa, Bella, Issabella n Ana

Persamaan mereka ialah topi n pipi, heheehe.. cumell

Taman Lagenda

Makam Mahsuri

Buffalo Farm.. topi senget2 jadinyee..

Kalau ke Langkawi, cari la hotel, motel area Pantai Cenang, sebab Pantai Cenang adalah kawasan tumpuan. Terdapat banyak kedai makan yang menyediakan makanan seafood mahupun masakkkan kampung. Motel di Pantai Cenang tidaklah terlampau mahal walaupun terletak berhampiran dengan laut. dalam Rm60-80 anda boleh dapat motel yang selesa, cantik, dan kemas. Dari Pantai Cenang anda boleh berjalan kaki ke Pantai dan terdapat banyak kedai cenderahati, baju2, ada tempat masage dan cyber cafe sepanjang jalan.

Fish Spa, licin n lembut tapak kaki, tapi bahaya la.. tidak digalakkan

Makan Laksa di tepi pantai, sup GearBox pun ada tengok brother sebelah makan.. 
bukan pakai mangkuk dah, dah macam besin je aku tengok.. nak order tapi cam segan plak nak makan..
hahaha ntah pape ntah..

Dinner with Tomyam Seafood, Ketam Masak Cili, Kailan Ikan Masin, Kerang Bakar, Telur Dadar, Jus Buah Gelas Besar, ermm x sampai Rm30 pun.. murah.. kalau kat cni mau 60 hengget..


Perbelanjaan From Ipoh. (budget tuk 2 orang)
Transport - Keretapi           Rm 32  (sehala tuk 2 orang)
                - Feri                  Rm 82(2hala tuk 2 orang) Kuala Perlis Rm18 seorg/Kuala Kedah Rm23 seorg
                - Bas/Teksi         Rm  40 B / Rm20 T (Kuala Kedah - Ipoh)
                - Kereta Sewa    Rm 70  ( 3h 2m)
                - Motel               Rm140 (3h 2m)
                - Makan             Rm 70  (3h 2m)
                - Jalan2              Rm 70  (3h 2m) fee for Cable Car, Taman Perhilitan, Buffalo Farm,
                                                                   Galeri Perdana, Makam Mahsuri, etc
                - Shopping         Rm100  (beli choclate la yang banyak pun,hehe)
                   TOTAL          Rm 624 ( seorang dalam Rm280-350, kalau pergi ramai2 lagi jimat)



No comments:

Post a Comment