Wednesday 9 November 2011

ONE PIECE LUFFY

Hubby saya kipas-susah-mati ONE PIECE (PIRATE STRAW HAT LUFFY). Penuh bilik saya dengan buku n CD luffy, sekarang manga yang terbaru adalah jilid ke 62. Setahun hanya 2-3 buah sahaja buku ini di keluarkan, kalau bernasib baik 4 buah setahun. kalau hendak cepat bolehla baca di internet. http://www.mangastream.com/

Bukti ni, Mail sila jangan jeles yeeee.. nak pinjam buku kat rak tu???
tengok je laaa... hahaha

Abang saya pun sama, ingat lagi masa saya belajar di kolej ayah saya panggil abang saya budak getah.. Mula2 x paham, terfikir jugak la apa la yang ayah saya maksudkan ngan budak getah tu. Rupanya ayah saya menyindir abang saya, asyik berkepit je ngan manga budak getah.. masa tu tak timbul minat nak baca lagi sampai la kenal ngan hubby, sebab hubby kumpul dari mula sampai la sekarang jilid 62.

Kerana hubby sangat meminati manga ini saya telahpun membeli 2 helai t'shirt Strawhat Luffy sebagai hadiah harijadi beliau, thanks to UNIQLO KLCC, senang saya bila dah buka kat Malaysia.. Hubby pun mmg suka brand UNIQLO ni..



SINOPSIS
sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Monkey_D._Luffy

Monkey D. Luffy () merupakan protagonis utama di dalam anime dan manga One Piece. Luffy merupakan kapten bagi Kumpulan Lanun Topi Jerami.

Luffy berasal dari Bandar Fuschia di East Blue. Latarbelakangnya begitu unik di mana abangnya Ace merupakan komander kedua armada lanun White Beard, datuknya, Garp merupakan vice admiral untuk tentera laut, dikenali sebagai wira tentera laut yang pernah beberapa kali memerangkap Raja Lanun Gold D Roger di laut. Bapanya Dragon merupakan pencetus revolusi yang menentang kerajaan sedunia.

Monkey D Luffy

Luffy secara kebetulan telah memakan buah syaitan Gomu Gomu (Getah) yang membolehkan badannya meregang dan memanjang seperti getah. Dengan sifat getah ini Luffy juga adalah kebal daripada kejutan arus elektrik disebabkan getah adalah penebat elektrik semulajadi. Sebarang bentuk serangan fizikal tidak berkesan terhadap luffy, peluru tembakan juga tidak memberi sebarang kesan pada tubuhnya, namun dia tidak terelak dari dicederakan oleh sebarang benda tajam dan impak yang kuat seperti letupan bom. Secara komikal serangan yang "mesra" juga mampu mencederakannya seperti pukulan dari Nami dan tumbukan "kasih sayang" dari datuknya. Keupayaan Luffy meningkat melalui latihan intensif yang telah dilaluinya semenjak kecil dan terus meningkat dengan melalui pertempuran dengan lanun lanun berkuasa di sepanjang pengembaraannya sebagai lanun topi jerami.

Luffy with his nakama, chopper, zoro yusopp, nico robin, nami n sanji..
franky not in picture.

Pada zahirnya Luffy kelihatan agak kebodohan dan lurus, dia begitu mudah mempercayai kata kata yang tidak masuk akal walaupun daripada pihak lawannya. Walau bagaimanapun sikapnya berubah sepenuhnya menjadi seorang yang matang setiap kali dia apabila berdepan dengan sesuatu yang serius, hinggakan dia bersedia untuk menggadaikan nyawanya untuk melindungi anak kapal dan kawan kawannya.
Luffy amat menggagumi Red Hair Shanks sebagai idolanya sejak kecil. Semasa perpisahan kali terakhir dengan Luffy di Pekan Fussia, Shank telah menyerahkan topi jeraminya kepada Luffy sebagai amanah dengan harapan Luffy akan menyerahkannya kembali kepadanya setelah Luffy mencapai cita citanya untuk menjadi lanun terkuat.

Impian Luffy adalah untuk mencari harta karun lagenda One Piece bersama rakan-rakannya dan seterusnya mendapatkan gelaran Raja Lanun yang menjadi idaman semua lanun.

kalau berminat bolehla ke kedai komik berdekatan ye..

No comments:

Post a Comment